Ada tak tanah atau rumah nenek moyang kita yang meninggal dunia puluhan tahun dahulu masih atas nama mereka?
Kalau ya, inilah namanya harta beku.
Alah, boleh je diusahakan. Tak la beku pun. Bercucuk tanam. Hasil dusun, buah-buahan boleh je jual. Apa masalahnya?
Zakat hasil bayar atas nama arwah ke siapa?
Hasil jualan dapat tu macam mana dibahagikan?
Ikut faraid ke bolot seorang oleh yang diusahakan?
Hati-hati ada bahagian waris faraid dalam hasil itu?
Mereka redha kah?
Takut tak kalau kita termakan harta batil selama ini tanpa sedar? Bukan babi jer haram.
Duit itulah kita suap ke mulut anak isteri.
Duit itulah kita hantar anak-anak mengaji hingga ke luar negeri. Hantar tahfiz lagi.