
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2021
Berlalu sudah Tahun 2020 yang dinanti-nantikan sejak sekian lama dengan kejutan pandemik Covid-19 bersama pengalaman, cabaran, dugaan dan #normabaharu yang tidak pernah difikirkan oleh akal fikiran.
Alhamdulillah, kita semua telah melakukan yang terbaik mengharungi cabaran ini pada Tahun 2020 dan perjuangan ini masih belum selesai kerana #kitabelummenang tetapi #bersamakitamestimenang
Mari kita buka lembaran baru Tahun 2021 dengan semangat dan iltizam menjadi insan yang lebih baik dalam mendepani pelbagai cabaran yang akan mendatang dan meneruskan perjuangan mencapai impian.
Saya berdoa kita semua dapat mencapai semua impian kita setiap tahun. Semoga dipermudahkan urusan kita pada Tahun 2021, di dunia dan di akhirat sana.
Fikir yang baik-baik. Sebut yang baik-baik. In sha Allah, yang datang pastinya baik-baik sahaja. Bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.
Aznati Nayan