Logo AznatiNayan

Alhamdulillah, akhirnya terhasil logo ringkas AznatiNayan untuk penjenamaan diri di website dan semua akaun sosial media bermula awal tahun 2021.

Perkataan aznatinayan merupakan singkatan nama empunya diri, Aznati Mohd Nayan.

Sekuntum bunga tulip berwarna kuning sebagai penyeri melambangkan permulaan baru yang penuh dengan harapan, kebahagiaan dan kegembiraan yang berterusan.

Kombinasi warna biru, hijau dan kuning dalam logo dipilih kerana

Biru melambangkan ketenangan, kepercayaan dan profesionalisme.

Hijau melambangkan kedamaian dan identiti alam.

Kuning melambangkan sikap optimis, bersemangat dan ceria.

Semoga kewujudan logo ini menyuntik semangat agar terus konsisten dan istiqamah menyebarluaskan ilmu Perwarisan Harta Islam serta perancangan kewangan melalui media sosial dan secara dalam talian (online).

Ameen YRA.