Majalah International Living mengiktiraf sektor penjagaan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia.

Walaubagaimanapun kadar inflasi kos perubatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 10% – 15% secara purata setiap tahun berbanding dengan kadar inflasi umum 2 – 3% dalam tempoh yang sama.

Inflasi perubatan di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi dalam kalangan negara Asia selepas India di 14% dan Indonesia di 13.1%.

Mendapatkan perkhidmatan di hospital awam adalah lebih murah tetapi waktu menunggu untuk rawatan dan pembedahan menyebabkan keluhan pesakit kerana kesesakan dan jumlah pesakit yang tinggi berbanding hospital swasta.

Nak ke hospital swasta? Kos rawatannya berlipat kali ganda. Harta dan simpanan mungkin hilang sekelip mata.

#medicalcard #kadperubatan