Apabila Bercakap Mengenai Kos, Ia Merujuk Kepada Soal

Apabila bercakap mengenai kos, ia merujuk kepada soal duit atau wang.

Begitu juga dengan kos perubatan penyakit. Ia tidak lari daripada isu “beban kewangan” yang perlu ditanggung.

Ada yang kata "tidak perlu risau kerana adanya hospital kerajaan Malaysia yang menawarkan perkhidmatan terbaik pada harga mampu bayar" kerana subsidi kerajaan dan sesetengah perkhidmatan adalah PERCUMA.

Jom lihat kos rawatan penyakit kritikal tertentu di kedua-dua hospital kerajaan dan swasta di Malaysia.

Ada sesetengah rawatan sememangnya percuma atau hampir percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan, tetapi tidak semuanya begitu.

Malah ada juga kos rawatan yang anda masih perlu bayar ribuan ringgit walaupun telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia. Apatah lagi jika anda mendapatkan rawatan di fasiliti milik swasta yang kadarnya boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

Jadi, apa persediaan kita untuk kos perubatan jika diuji dengan ujian penyakit kritikal yang perlu menelan belanja ribuaan ringgit?