Kesihatan suatu nikmat yang tidak ternilai yang dianugerahkan Allah kepada kita secara PERCUMA.
Tetapi adakah kita menghargainya? Adakah kita menjaga tubuh badan yang diamanahkan Allah kepada kita?
Walaubagaimanapun, ujian sakit boleh tiba kepada sesiapa sahaja. Yang tidak mengamalkan amalan hidup sihat mahupun mereka yang mengamalkan amalan hidup sihat.
Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang hambaNya di luar kemampuan hambaNya.
Apa yang penting, kita berusaha sebaiknya sebelum bertawakal kepada Allah.