
Ramai orang masuk KHAIRAT KEMATIAN di kariah masing-masing untuk memudahkan waris-waris dibantu oelh PASUKAN yang PAKAR URUS JENAZAH menguruskan jenazah kita selepas kematian kita nanti.
Tetapi ramai orang LUPA untuk masuk KHAIRAT PUSAKA untuk sediakan PAKAR URUS PUSAKA yang akan bantu waris menguruskan pusaka kita nanti sama ada di Mahkahmah Tinggi Sivil atau di Pejabat Pusaka Kecil selepas kematian kita.
Waris tak perlu bayar PAKAR ini kerana kita dah bayar dengan duit KHAIRAT PUSAKA semasa hidup.
Ramai orang kata waris-warisnya pasti tahu menguruskan pusakanya nanti. Senang je katanya.
Tapi cuba tanya diri kita sendiri dan waris-waris kita,
➡️Adakah mereka tahu prosedur pengurusan pusaka di Malaysia?
➡️ Adakah mereka tahu urusan pusaka Orang Islam menurut Islam?
➡️Adakah mereka tahu dokumen yang diperlukan?
➡️ Adakah mereka tahu kos pengurusan pusaka?
Kalau kita sendiri atau waris-waris yang dewasa pun tak tahu atau tak pasti jawapan soalan di atas. Apatah lagi anak-anak kecil kita ????????
Kalau urusan di Mahkahmah Tinggi Sivil, memang urusannya memerlukan khidmat peguam.
➡️Adakah waris-waris kita ada duit untuk lantik peguam?
➡️Adakah waris-waris kita mampu mencari 2orang yang ada harta sama seperti kita untuk menjadi penjamin 2bon jaminan urusan pusaka
Ramai juga yang kata
"APA YANG SUSAH, AKU MATI NANTI, FARAID JERLA. TAK PERLU HIBAH ATAU WASIAT" tapi apabila kita kongsikan kiraan faraidnya pada masa ini,
Ramai yang tak setuju pula. Katanya
➡️SAYA NAK BAGI RUMAH KERETA NI KEPADA PASANGAN DAN/ATAU ANAK SAHAJA!
➡️SAYA NAK BAGI SEKIAN DUIT KEPADA MASJID UNTUK AMAL JARIAH SAYA!
Tahukah kita, hasrat hati kita tidak seperti di atas tidak akan tercapai jika kita tidak merancang harta semasa hidup sama ada melalui satu atau kombinasi di antara hibah, wasiat, waqaf dan amanah.
Mahukah kita harta pusaka yang kita usahakan dengan perit jerih semasa hidup menjadi HARTA BEKU yang tidak memberikan manfaat kepada diri, ahli keluarga dan sesiapa pun selepas kematian kita?
Fikirkan.
Untuk maklumat lanjut dan konsultasi PERCUMA, hubungi saya di wasap.my/601155061521
untuk set temujanji bersemuka (fizikal) di sekitar Puncak Alam atau bersemuka online di zoom meeting.
AZNATI NAYAN
Perunding Pewarisan Harta Islam
Kausar Group
Wasiyyah Shoppe Berhad
011-55061521
Klik butang SHARE untuk kongsikan dan sampaikan ilmu kepada lebih ramai orang supaya mereka bertindak merancang harta untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.