
TAKAFUL HAYAT INDIVIDU dan fungsinya sebagai MLTT.
MLTT sejenis Takaful Gadai Janji atau bahasa mudahnya kalau berlaku kematian/hilang upaya kekal, duit manfaat takaful tersebut akan digunakan untuk melangsaikan hutang pembiayaan rumah.
TAKAFUL HAYAT INDIVIDU boleh berfungsi sebagai MLTT tetapi HIBAH TAKAFUL tidak semestinya berfungsi sebagai MLTT.
Kita perlu faham bahawa HIBAH bukanlah TAKAFUL tetapi manfaat kematian dalam sijil TAKAFUL boleh diHIBAHkan.
HIBAH adalah salah satu bentuk CARA atau KAEDAH AGIHAN harta.
Ada beberapa kaedah agihan manfaat kematian takaful yang lain yang disediakan oleh syarikat pengendali takaful iaitu,
1️⃣ PENAMAAN SEBAGAI WASI.
Maka duit manfaat Takaful yang dibayar menjadi PUSAKA arwah yang WAJIB digunakan untuk membayar hutang-hutangnya sebelum pelaksanaan wasiat & difaraidkan bagi Orang Islam seperti tueutan Pengurusan Pusaka Orang Islam.
2️⃣ SERAH HAK MILIK SEBAGAI CAGARAN.
Maka manfaat kematian dalam sijil takaful yang telah dicagarkan kepada spesifik bank untuk melangsaikan hutang spesifik (nombor pembiayaan rumah bernombor 123456789) akan dibayar kepada bank yang telah dinyatakan bila berlaku kematian/hilang upaya kekal Orang dilindungi. Jika ada baki selepas syarikat Takaful langsaikan hutang pembiayaan, baki tersebut dibayar kepada waris yang menuntut sebagai pusaka dan tertakluk kepada turutan pengurusan pusaka Orang Islam.
3️⃣ SERAH HAK MILIK KEPADA SYARIKAT AMANAH atau INDIVIDU.
Maka, manfaat kematian telah diserah hak milik kepada Pihak dinyatakan dan biasanya Pihak dinyatakan diikat dengan Surat Ikatan Amanah untuk melaksanakan Arahan-arahan Pelanggan tentang bagaimana duit takaful itu diuruskan dalam pelbagai situasi.
Ada juga individu yang membuat serah hak milik duit manfaat takaful kepada NGO atau Organisasi Amal atau Majls Agama Islam untuk tujuan amal jariah.
4️⃣ PENAMAAN BENIFISARI (HIBAH)
Maka manfaat kematian takaful akan menjadi milik mutlak penerima benifisiari yang dinamakan. Maka, penerima benifisiari berhak menggunakannya untuk apa jua tujuan dan tidak tertakluk untuk membayar hutang-hutang arwah yang menyertai takaful.
Jika penerima benifisiari nak bayar hutang arwah dengan duit hibahtakaful, Alhamdulillah.
Jika penerima benifisiari tak nak bayar hutang arwah dengan duit hibahtakaful diterimanya, tak berdosa dan dalah dari segi akta IFSA2013. Cuma mungkin agak kurang ihsan ????
Realitinya, RAMAI ejentakaful hanya tahu KAEDAH 4 iaitu PENAMAAN BENIFISIARI.
Oleh sebab demikian, ramai ejentakaful hanya membantu klien-kliennya membuat penamaan benifisiari walaupun mereka mempromosi jualan Takaful sebagai MLTT atau pelangsaian hutang pembiayaan rumah.
Hasrat klien menyertai Takaful Individu untuk berfungsi sebagai MLTT mungkin tidak tercapai dengan tindakan kaedah penamaan/agihan yang salah.
ANALOGI MUDAH, PROMOSI JUAL BUKU RESIPI TAJUK GULAI AYAM tapi RESIPI TERTULIS DALAM BUKU ADALAH RESIPI TOM YAM. Rasanya, pembeli ikut step resipi dalam buku tersebut dapat hasilkan GULAI AYAM atau tak?
Bayangkan jika kesilapan ini menyebabkan hutang pembiayaan klien tidak dilangsaikan oleh penerima hibah takaful?
Apakah nasib klien di alam sana?
Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.
Hadith riwayat Tarmidzi: (1079)
Buat rakan-rakan ejentakaful, sama-sama kita cakna kaedah agihan takaful agar kita nasihatkan kaedah agihan yang selari dengan hasrat/tujuan klien menyertai takaful. Kalau ada klien yang kita telah tersalah nasihat, hubungi mereka dan bantu mereka buat kaedah agihan yang tepat.
Buat klien-klien takaful yang telah mempunyai sijil takaful hayat dan memang mahu ia berfungsi sebagai MLTT, semak kaedah agihan yang anda telah buat sebelum ini adalah tepat atau tidak.
Semoga bermanfaat.
SHARE agar lebih ramai yang tahu dan mendapat manfaat.
Aznati Nayan
https://aznatinayan.wasap.my
Dai'e Mawarith,
Kausar Group,
Wasiyyah Shoppe Berhad
Associates,
Capspring Temasik Financial Group
p/s: menulis sambil throwback diskusi bersama rakan ejentakaful Selasa malam yang lepas tentang isu TAKAFUL & PEWARISAN dan kenapa kerjaya ejentakaful dan Perunding Pewarisan saling melengkapi. Terlalu banyak sebab untuk kita bertindak menjadi Pejuang Pewarisan untuk memantapkan ekonomi Ummah.